
Autumn ialah musim yang paling aku gemari di Eropah selain musim summer, musim autumn udara seharian sentiasa dingin dan lembab serta kekeringan daun-daun dan ia akan gugur apabila ditiup angin, seolah berguguran bagai "Salji di musim winter".
Memory anda akan bertambah indah dimusim ini sekiranya anda beradaa dalam negara eropah yang berbukit serta mempunyai hutan kecil. Malah bertambah indah jika sebuah bandar itu terletak dilereng bukit.
Musim autumn yang pernah aku alami ialah ketika berada di England, iaitu di Kota Birmingham, ketika aku berada di Ireland, aku tak berpeluang meluangkan masa ketika musim autumn, kerana di Ireland hutan dan bukitnya tak seluas di negara lain yang berada di eropah.
![]() |
Autumn Season Dimana Daun Daun Akan Kekuningan Serta Menjadi Tua dan Gugur Satu Persatu |
Sekiranya anda ingin merasai keindahan musim autumn, Hide Park garden di tengah kota London termasuk yang menarik serta indah mata memandang, akan tetapi sekiranya anda ingin merasai lebih dari itu, maka eloklah pergi ke Swiss, Munich dan negara eropah tengah seperti Prague, Vienna.
Di dalam musim Autumn, semua pepohon yang tumbuh segar serta berbunga ketika musim spring dan merendang ketika musim summer akan menurun didalam musim autumn dan mula berguguran sehinggalah masuk musim winter, kebanyakan pepohon akan menjadi ranting.
Autumn juga boleh dikaitkan dengan kisah cinta yang romantis, kepada sesiapa yang alami kisah cinta maka sudah pasti memory musim autumn akan sentiasa mekar dalam ingatannya. Samada kisah duka juga akan terubat serta mendapat ilham dalam musim ini.
Peta Tanah Eropah |
Musim autumn di London dan Ireland tak sama seperti musim autumn di negara lain, sekiranya anda peta kedudukan England dan Ireland, ia adalah pulau yang dikelilingi lautan. Dalam musim ini anda sudah dapat dapat merasai kesujukan yang amat. Jadi kedua negara ini akan menjadi tarikan ramai ketika musim summer sahaja.
Namun begitu sekiranya anda mempunyai ciri-ciri seperti saya yang gemarkan udara dingin yang lembab sentiasa, Dublin dan London adalah kota yang tak akan menjemukan walau "lepak" seharian, mengisi ruang dan mencipta sejarah sebagai seorang kembara.
Read More..
Hotel | Travel: Create Your Finest Memory And Design Your Entertainment
No comments:
Post a Comment