
Jika masa ini boleh ditarik kembali dan aku mampu mengekalkan, pasti aku tak akan sesekali pulang ke Tanah Air Malaysia. Kisah impian ini sebenarnya telah bercantum hidup aku sejak dibangku sekolah. Sehingga aku dapat menumpukan perhatian penuh "Buku Pelajaran Geografi".
![]() |
Blossom |
Setiap kali cikgu mengajar kisah dunia geografi di Eropah, aku mampu menghafalnya, setelah selesai alam persekolahan dan dapat kerja. Aku akhirnya berjaya ke Tanah Eropah pada tahun 1998 dan menyusuri lagi tahun 2000 setelah aku sendiri hidup dan bekerja di Tanah Eropah.
Kehidupan di Eropah bagiku adalah segalanya yang mendamaikan hati ini, aku kagum dengan susana alam sekeliling, termasuk tumbuhan, hidupan liar, cuaca. Cuaca di Eropah memang dingin dan bertambah sejuk apabila musim "Luruh dan Winter" muncul. Aku seperti biasa, sejenis makluk yang dapat menahan sejuk, orang lain kadang-kadang merasa hairan, bagaimana aku boleh menjalani aktiviti harian dalam musim salji.
![]() |
Wild Lavender |
Jawapanya senang sahaja, aku memang bersesuaian dengan cuaca dingin dan aku kelemasan jika tahap cuaca panas yang melebihi 26 celsius.
Seperti biasa, selepas habis kerja pukul 5pm, aku akan ke bandar untuk bersiar sambil menikmati angin dingin, bercakap pon keluar asap dari mulut (wap). Ketika itu aku bekerja di "Republic of Ireland". Kadang-kadang rakan sserumah orang "Latvia" Russia akan mengajak aku bertemankan dia ke bandar. Aku ikut ja, sebab aku tak pernah jemu merasa dingin walau pon angin bertiup kencang terutama sebulan sebelom musim "winter" tiba.
![]() |
Spring Season Di Eropah |
Keindahan dan ketenangan yang aku rasa, dalam sanubari terlalu indah, dan kecewa lama atau kisah luka yang mengecewakan tak mengatasi. Kerana suasana alam tanah Eropah dapat mengubati. Aku dapat merasakan dunia ini terlalu luas dan terlalu indah.
Musim Telah Tiba...
Musim yang silih berganti dan cuaca turut menemani, dalam musim "winter" aku letakkan air kosong sebaldi dan esok paginya air tersebuk menjadi beku. Bunga- bunga salji tak henti gugur didepan rumah dan memagari setiap penjuru serta di laman belakang rumah juga dipenuhi salji yang lembut jatuh terurai dan melayang-layang.
![]() |
Sepi dan Tenang, Dingin dan Segar |
Ketika habis musim "winter" yang mana pepohon hanya tinggal ranting, maka ia mula berputik petanda masuk musim "Spring" iaitu musim bunga. Kedingan atau kesejukan tetap kekal dimusim "Spring" namun taklah sesejuk seperti musim winter.
Disini bayu tak pernah henti bertiup cuma kadang kala ia bertiup lembut dan kadang-kadang menjadi kencang, tatkala itu kau akan terasa kedinginan yang menusuk di tulang temulang kalian, terlalu segar, nyaman sesekali terhidu sekali bauan debunga liar yang tumbuh, menjadi suasana harum serta menyegarkan.
Bila tiba pertengahan musim "Spring" pepohon kelihatan rendang, tumbuhan lain mengeluarkan bunga, padang rumpur menjadi kehijauan dan dipenuhi bunga-bunga. Seperti biasa, setiap pagi aku akan menbancuh secawan kopi sambil menghisap rokok dibangku rumah sambil melihat laman yang dipenuhi bunga liar, serta beburung dan juga "Arnab Liar". Dunia Eropah sungguh indah, tak perlu disangkalkan lagi ditambah pula dengan tiupan bayu dingin yang tak pernah jemu memupuk.
Dalam menikmati suasana "Spring" yang indah dan pepohon telah melebarkan dahan, bunga-bunga semakin mekar maka "Summer" telah melangkah masuk, cuaca bertukar "Celsius" namun kesejukan tetap terpahat di Tanah Eropah.
Dimusim "Summer" aktiviti aku tetap sama, selepas habis kerja akan keluar dari rumah menuju ke bandar hampir setiap petang, kadang-kadang lepak di cafe dan adakala lepak di dalam Supermarket.. Di rumah aku tak pernah ada peti TV, bagi ku buat apa nak nonton TV sedangkan suasana di luar cukup menghiburkan serta memuaskan cuma tak pernah merasi jemu melakukan aktiviti yang sama setiap hari.
Musim "Summer" ialah waktu yang paling baik untuk pergi berjauhan dari rumah dan musim ini terdapat banyak aktiviti serta menghiburkan, terutama di bandar besar. Kota "Dublin" memang akan menjadi taruikan utama aku kerana hendak bersantai disini tak perlu menaiki pesawat atau kapal terbang, "Just" naik bus sahaja.
Didalam perjalanan dengan bus express aku dapat melihat dengan jelas alam sekeliling di tanah eropah, Yang mana padang rumput yang luas serta dipenuhi bebiri, bunga-bunga berkembang, pepohon telah pon bertukar warna ada hijau, kuning , ke-emasan, purple. bermakan pertengahan musim "summer:.
Dalam persinggahan menuju ke Kota Dublin, macam biasa tegukan secawan kopi segar dan rokok sebatang menjadi teman. Walau musim summer, jaket harus dilekatkan ke badan, kerana cuaca tetap dingin. Tiba di kota Dublin, apa lagi....
"Round" semua jalan2 serta lorong2 sambil membeli belah, tunggu apa lagi "Lepak" la dimeja kopi ditepi jalan yang dipenuhi manusia pelbagai ragam. Ketika pulang hari telah pon senja " Matahari masih tergantung didada langit walau pon menghampiri pukul 8malam.
Cuma hari menjadi suram, semakin sunyi, hanya kedengaran suara bebiri dipadang dan kenderaan berkurangan.
Antara kedengaran musik di rumah jiran dan bisikan angin lembut menutupi ruang "Summer" pepohon yang dahulunya kehijauan telah pon bertukar keemasan, kuning yang bersinar, daun2 yang berwarna "purple" juga bertukar kekuningan, ia gugur perlahan mengikut urutan hari dan bayu..
Bersambung Dalam Rencana. Autumn...
Hotel | Travel: Create Your Finest Memory And Design Your Entertainment
No comments:
Post a Comment