
Bagaimana boleh aku masuk "lokap" di German? Akan ku ceritakan kemudian.
Perjalanan itu sunguh menakjubkan, ketika aku tiba di "Frankfurt" telah dapat kurasakan bahawa iklim di tanah eropah tidak banyak berbeza dari segi kedinginan dan suhu panas.
Senang difahamkan bahawa tidak panas pon, cuma matahari yang terang tapi hakikatnya alam sekeliling diselubungi awan kelabu seakan menurunkan salji, angin senangtiasa memupuk lembut, kedinginan jelas melekat dibadan.
![]() |
Leavenworth Wa Germany |
Apa yang aku kagumi disini, bentuk "landscape" muka bumi yang aku lewati dipenuhi bukit bukau, gunung serta lembah dan juga curang tebing yang agak tinggi, dibawahnya terdapat perumahan, cafe. Pokok pokok tirus pelbagai warna daunnya tersusun rapi walau pon ia tumbuh meliar ditepi jalan.
Aku melewati kawasan ladang gandum yang luas mata memandang dan dihiasi rimba dan anak sungai yang mengalir jernih.
Ingin sekali aku untuk berhenti ditepi gunung atau berbukit untuk singgah meneguk secawan kopi sambil menikmati keindahan alam yang pelbagai warna dedaunan pepohon menghayati "culcute" budaya masyarakat disini, namun bukan aku yang membawa kereta tetapi seorang pegawai polis "Frankfurt".
Banyak aku berbicara dengan pegawai polis tersebut untuk meluangkan masa yang lapang sambil "drive" tetapi dia (polis) diam sahaja sebab tak boleh berbahasa english. Naik fed-up juga aku. Apa pon aku "enjoy" mata aku tak henti henti melihat keluar jalan yang ditujui dipenuhi pepohon "pine" yang tirus tumbuh ditepi kaki gunung ini. Jalan yang berliku liku...
Hampir 3jam drive atau lebih aku tak tahu lah, barulah sampai ke "destination" yang terletak dalam kawasan berbukit, pemandangan yang indah, tanah tinggi dan rendah "Prison Frankfurt iii". (Itu yang aku baca tulisan "signboard".
![]() |
Alpines Village German |
Ketika sampai disini, aku, anggota polis barulah dapat meneguk secawan kopi dan menghisap rokok, dia pandang aku dan hapir kesemua anggota polis German memandang aku, apa lagi aku buat "sombong" sebab mereka tak boleh fasih berbahasa english.
Komunikasi aku dan dia cuma menggunakan bahasa "isyarat". Ya sudah hampir larut malam, suasana gelap, kesejukan angin bertiup meresap hingga ke tulang temulang aku. Maklumlah matahari telah tenggelam dibalik gunung.
Selepas mengurus segala keperluan mereka, aku bergambar bermacam "fashion" alaa macam dalam filem seorang jenayah tuh, pusing kiri kanan, depan. Setelah selesai, well! kita masuk tidur "Dalam Lokap" di sebuah pergunungan, Polis Station Frankfurt aku menyenyakkan tidur dalam kedinginan malam. Paginya aku dihidangkan "breakfast" roti dan mentega, kopi dan rokok.
"Kisah secara detail tak payah la aku ceritakan ya!" cukup dengan kisah "Gembira" masuk lokap. Ya aku tak rasa sedih pon masuk lokap digerman, tak payah susah2 bayar hotel, cuma tak "freedom" maklomlah di awasi oleh pihak polis, lagi pon kemana aku nak lari didalam pergunungan ini?.
![]() |
Small Town With Mountain View |
Setelah selesai bermalam dan wajah portrait ku yang dijadikan kenangan oleh "Prison Frankfurt iii" barulah aku bebas dan tak boleh bermalam lagi di Kota Frankfurt, malamnya harus terbang balik ke "Ireland" atau London dan mengambil Passport Original aku yang baru siap.
Ya aku masuk lokap sebab menggunakan "passport emergency" yang dikeluarkan oleh Embassy di London. Aku sangkakan bila aku ada "green card europe" dan passport emegency, aku boleh travel di German, tapi sangkaan ku salah, German tidak menerima "Europe Green Card" tanpa Original passport.
No comments:
Post a Comment