Pengalaman Seram Menginap Di Cameron Highland
Saya pernah menginap di salah satu hotel di "Cameron Highland"
Disebabkan kami sekeluarga tak plan pon nak pergi dan plan pon last minit
Kami tak sempat nak book hotel
Lepas dah "round-round" dekat Cameron Highland , kami tiba di satu hotel budget di area "Tanah Lapang"
Cameron Highland Tempat Yang Indah Tapi Menyeramkan Jika Tersalah Pilih Hotel |
Masa tu kami terpaksa lah tidur di situ sebab time tu dah senja kan.. Hotel pon tak dapat..
Jadi kami pon setuju lah .. 3 hari 2 malam ..
Jadi cerita nya , pengurus hotel memberikan kami bilik yang bernama bukan bernombor ..
Walaupon agak pelik , kami positive sajelah yang kami ni speacial sedikit
Masuk sahaja bilik kami dah mula kemas ii barang..
Bilik kami ada tingkap ..
Tetapi pemandangan diluar bukan pemandang indah tetapi pemandangan kami diluar bilik adalah pandangan dinding yang agak suram dengan cat yang sudah berlumut..
Time tu saya diam sahaja..
Jadi malam tu kami solat dan keluar untuk mencari makanan dan melihat pemandangan malam
Selepas itu , kami pulang semula ke hotel.. Kami masuk kedalam bilik dan bersiap-siap untuk tidur..
Gangguan dia start semasa tidur, Dalam bilik itu ada penghawa dingin tetapi semasa kami sekeluarga tidur kami terasa panas tetapi ayah dan abang ii saya diamkan sahaja
Saya dan mak saya sudah berpeluh- peluh..
Saya rasa seperti diperhatikan dan saya nampak seperti ada lembaga di penjuru bilik
waktu tu saya dah jadi takut ..
Jadi saya terpaksa lelapkan mata
Keesokkan harinya , saya bangun pagi dan mandi..
Bilik air dia kecil dan atap dia seperti terbuka sedikit
Waktu itulah saya rasa diperhatikan didalam bilik air..
Saya cepat ii mandi dan pakai baju..
Semasa di kedai makan , saya mula berbincang dengan keluarga saya
Saya kata ada sesuatu memerhatikan kita di dalam bilik yang saya menginap..
Jadi lepas kami habis pusing-pusing sekeliling cameron
Kami sekeluarga balik kehotel semula
Semasa mahu balik ke bilik semua sudah berada didalam bilik
Manakala saya masih tercegat dihadapan pintu bilik
saya melihat papan tanda di hdapan pintu yang tertulis nama hotel dan bukan nombor.
Saya menyengetkan papan tanda tersebut dan lihat seperti ada bekas papan tanda lain yang membentuk 3 ..
Jadi masa itu saya dah terfikir apa yang kawan-kawan saya nasihat saya..
Jadi saya kata dengan keluarga saya yang Saya sudah tidak tahan..
Maka pada petang itu juga kami check out dan menginap di hotel yang lebih baik..
Itu sahaja cerita saya buat masa ini
Nama hotel itu saya tidak ingat
Alhamdulillah gangguan saya tidak teruk..
Leading Online Hotel Booking # Hoteler Advisor.The best travel web, hotel, vacation, reviews and tips to plan a perfect getaway
Find Out More About Hotel Berhantu Bukit Bintang...
Book A Room With
Facebook Comment
Comments