Hotel Berhantu Di Malaysia
THE STRAITS HOTEL MELAKA.Aku booked 3 hari 2 malam.Studio ada 1 bilik..aku tak ingt nombor bilik. Masa check-in dalam pukul 6.30ptg.
Masuk je bilik..bau pandan..kuat sangat baunya..dalam hati aku cakap.."Takkan perfume hotel ni bau pandan"..aku pun buat selamba je..kalau aku tengok kang.. tiba-tiba muncul.. "Husband" aku pandang aku dengan pandangan yang bermakna..
So maknanya bukan aku seorang yang bau pandan..aku selesai meletak barang..and siap mndi semua..biasenya anak aku akn minum susu dan "landing.."
Tapi perangai anak aku lain macam..dia aktif..lari kesana sini..main dekat sliding..lompat atas katil..cam ada orang teman dia main..aku dah risau.."husband" aku baca2 and sapu muka dekat muka anak aku dengan air..dia ok sekejap..selepas jadi balik..pastu masa dalam bilik..2..3..kali ada bunyi barang jatuh tepi katil..tapi bila tengok tak ada pun..
Masa tidur..pula..pukul 2 pagi aku terjaga..macam ada orang kejutkan..selepas itu bunyi orang tarik kerusi kuat sangat.
Aku membaca doa cuba tidur..pukul 4 pagi baru boleh lelap..Keesokan harinya..anak aku masih aktif..cam seronok sangat bermain..Aku perhati betul-betul..Tak nampak pula benda-benda pelik, Kadang-kadang aku boleh nampak kalau ada benda-benda pelik..
Malam kedua nak tidur..sama jugak cam ada bunyi barang terjatuh tepi katil..masa aku nak tidur..terjaga jugak pukul 2 pagi..
Tedengar org tarik kerusi kuat sangat..bila aku cuba tidur .tiba-tiba kaki aku seperti ditarik..aku terus terkejut "husband" aku..terbau wangian pandan masih kuat dari dalam toilet..Tak sabar-sabar rasanya nak balik rumah..
Masa nak check out..ada kesan cat didinding seperti dikikis di hadapan pintu..selepas itu ada botol seperti botol perfume warna ungu di atas meja dalam bilik..masa check in tak ada pun botol tu..macam pelik..ingt dah ok..anak aku pula buat hal..dia asyik takut nk kesana kesini..muntah2..tak nak naik kereta..aku bawa anak aku jumpa "Ustaz" baru ok..

Leading Online Hotel Booking # Hoteler Advisor.The best travel web, hotel, vacation, reviews and tips to plan a perfect getaway
Find Out More About Hotel Berhantu...!
Book A Room With
Facebook Comment
Comments